Sunday, July 31, 2011

Ayah & Ramadhan~ Part 1 :D

Assalaam~ :)

Ya Allah..lama gile tak update blog ni....

Bukan tak ade cerita yang nak disampaikan...
Tapi aku macam berperasaan sibuk....konon~
Haha~ :D



Actually, ada rasa bersalah sikit nak tulis blog, bila tesis aku tak siap2 lagi....
Tapi, disebabkan Ramadhan tiba lagi Isnin depan, aku teringat pula yang 'pembukaan' blog ini ialah 1 Syawal tahun lalu...maksudnya, dah dekat setahun la blog ni kan?

Aiyoooo~ how time flies really fast~!!!
Tak lalu nak kejar...tesis, kerja, kerja, kerja, keluarga, sukan itu, sukan ini, bersosial dengan kawan2...macam tak cukup masa...huhu~
Tapi, aku tetap rasa bersyukur...dan aku tahu, aku boleh manage masa aku...walaupun aku ni malas2 sikit...**sikit ke? hoho~:D



Alhamdulillah kita akan jumpa lagi dengan Ramadhan...Syukur masih dipanjangkan umur dan masih sihat tubuh badan~ :)
Ada beberapa kisah atau kenangan yang aku teringat ketika berpuasa di bulan Ramadhan bersama-sama Ayah~ :)

Tapi, tak boleh la nak cerita semua in one entry, kan...
Heh~
**That's why aku letak 'Part 1'...hoho~

Aku tak ingat peristiwa ini jatuh pada tahun berapa...tapi masa tu, Bonda sedang mengandung...

Tak pasti mengandungkan Elly, adik aku yang ke-5 atau Amin, adik aku yang bongsu...
Banyak sangat adik, macam ni la kot...haha~


**Dialog di bawah tidak sama 100% seperti kejadian sebenar, dan aku betul2 tak ingat waktu sebenar kejadian tersebut berlaku...:)**


Pada Ramadhan yang ke-berapa-ntah, Bonda terjerit-jerit mengejutkan kami sekeluarga bangun sahur...Kali ni punya bunyi lain macam sikit...
Macam kelam-kabut...panik pun ada...haha~
Rupa-rupanya, dah terlewat nak sahur....

"Cepat2 makan...sebelum azan subuh~!"

Masa tu agak2nya macam suntuk dan dah nak dekat nak azan kot...
Tiba-tiba Ayah bersuara...dan ketika itu, Ayah sedang berbaring di atas sofa panjang berhadapan dengan tv...


"Emph~! Nak sahur apa? Dah abes waktu sahur dah..."


"Ehhhh~ belum lagi la...cepat2...sempat lagi ni...meh2 makan cepat meh..."


Jawab Bonda menyuruh kami adik-beradik segera sahur...


"Dah habis waktu sahur la...dah pukul **** dah...nak sahur ape bende nye?"


Jawab Ayah kemudian terus sambung tido....masa ni, Acik dah join Bonda yang sedang makan laju2 kat meja makan....
Aku dengan Angah masih lagi blur2 kat tepi meja....
Tak tahu nak sahur ke tak...

"Soh dengo cakap Ayah tu....makan cepat meh..." 



"Cube tengok jam tu betul-betul...sekarang dah pukul berapa?" 


Tiba-tiba Ayah sampuk...nada sedikit tertekan...sebab Bonda masih percaya, masih sempat lagi untuk bersahur...
Aku dengan Angah masih blur2....tak tahu nak ikut siapa...padahal, Bonda dan Acik kemain sedap lagi makan....huhu~


"Pukul 6.** pagi...sempat lagi..."


Bonda masih lagi bekeyakinan tinggi...aku dan Angah masih terdiam dengan muka ngantuk...
Kami berdua dah paham dah....tapi masih duduk blur2 tengok Bonda dan Acik makan....


"Emph~ sukati la..." 


Ayah macam dah tak kuasa lagi....


Tak lama lepas tu, baru Bonda tersedar....


"Eh, apa pulak...Ya Allah...betul la....6.** pagi, bukan 5.** pagi..."


Dan2 tu jugak, aku dan Angah pergi sambung tido...haha~ 
Bonda dan Acik terus makan...
Bonda tak puasa pada hari itu, kerana mengandung...takut pula kalau tak makan apa2 akan menjejaskan kandungan....

Acik pula, sebab belum baligh lagi, maka dia pun sama tak puasa.....
Ayah, aku dan Angah...Kami puasa tanpa sahur la anak-beranak pada hari itu....
Tapi aku rasa, Ayah sempat juga minum air...sebelum terperasaan yang waktu sahur dah tamat...hoho~


Ayah yakin, sebab Ayah tengok jam pada decoder Astro...
Bonda pula 'terlebih yakin', sebab Bonda tengok jam pada jam dinding...


Moralnya, tengoklah jam digital untuk lebih yakin waktu bangun pukul berapa...dan semua ahli keluarga perlu pasang alarm masing2 supaya tak terlepas atau terlewat sahur...
Hoho~


Fakta:
Setiap tahun, sekurang2nya mesti ada 1 kali kami tak bangun sahur....:D

Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak....semoga puasa, solat dan amalan kita diterima Allah...Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang lepas2...Ameeennn~

father's daugther: Pokok mangga Ayah sedang lebat berbuah~! :D

Thursday, February 10, 2011

Ayah & Bonda~ Selamat Hari Jadi....^^

Salam~~~

Ingatkan nak update malam semalam...
Lupe pulak gambo2 tak snap lagi...
Kena la tunggu siang...
Untuk dapatkan kualiti gambo yang lebih unggul(?)...

Jika semalam hari jadi Ayah...
Hari ini hari jadi Bonda...
Betul...
Jika Ayah lahir pada 9 Februari 1960...
Bonda lahir pada 10 Februari 1960...
Betul...
Ayah dan Bonda sebaya...
Beza umur mungkin beberapa jam sahaja...
Betul... :)

Zaman mudamudi~ masa ni Bonda mengandungkan aku..hihi~

Aku dari dulu selalu kagum dengan jodoh antara Ayah dan Bonda...
Hari jadi boleh pulak la sebelah2...
Tapi mungkin juga ada pasangan suami isteri diluar sana yang punya tarikh lahir yang sama...
Itu pun aku kagum~
Unik~
Tanpa kematangan, **zaman sekolah dulu la~ aku pun berfikir-fikir nak carik lelaki yang lahir awal sehari daripada aku...
Pastu kahwin dengan beliau...
Boleh la sambut hari jadi sama2...
Cam romantik la konon kan???
Haha~
Ngeng~
Pada hari bersejarah Ayah dan Bonda
Dahulu,
Zaman sekolah2...kecik2 dulu...
Kami adik-beradik akan kumpul duit untuk beli hadiah hari jadi Ayah dan Bonda...
Al-maklumla...
Mana la nak beli hadiah sendiri kalo lebih duit belanja sekolah pun kadang2 tak ada~!
Nak kena bile dua pulak tu~!
Sebagai Along, aku pun jadi tukang kutip duit...
Pastu beli hadiah...**biasanya, hadiah yang dibeli tu ikut sedap mate aku je...jarang2 la bincang nak beli hadiah apa...haha~
Aku jugak jadi tukang bungkus hadiah...

Disebabkan hari jadi Ayah dan Bonda dah dekat2 sangat...
Sambutannya mestilah bersama-sama dan mestilah special sikit...
Kadang2 Ayah bawa kami sekeluarga pergi vacation...**kami adik beradik duk bilik lain...Ayah dan Bonda bilik lain..hehe~
Kadang2 Ayah bawa kami pergi makan besar...**bab makan besar, Ayah memang the best~!!

Tapi,
Sambutan hari jadi Ayah dan Bonda yang paling aku ingat sekali adalah pada tahun 2000...
Sambutan hari jadi Ayah dan Bonda yang ke-40...
Kebetulan tarikh hari lahir Ayah dan Bonda jatuh dalan bulan Syawal, jadi Ayah dan Bonda buat open house dan majlis hari jadi serentak...
Memang meriah giler...
Ramai saudara-mara dan sahabat handai yang hadir...
Aku masih dapat gambarkan dengan jelas suasana pada hari tersebut...
Sebab kami sempat rakam kemeriahan hari tersebut menggunakan handycam...
**bila tengok balik video tu, tak sah kalau tak ketawa kuat2...tengok muka masing2 masa muda2...haha~
**tapi bila tengok scene Ayah dan Bonda buka hadiah bersama-sama, kami mula rasa sebak pula...
Dan,
Hari itu merupakan sambutan hari lahir Ayah dan Bonda bersama-sama buat kali yang terakhir~

Waktu ni Ayah dan Bonda buat open house raya dan majlis hari jadi ke-40
Ecece~ Sibuk je Elly...tak mau lepas Ayah~
  
Sambutan hari jadi bersama-sama buat kali yang terakhir~

Sambutan hari jadi ke-40...

Bersama-sama rakan-rakan sepejabat di Bilik Berita TV, RTM...buat kali terakhir~

Bersama-sama bos, Pak Cik Mat Husin

Aku jugak ingat lagi sambutan hati jadi Bonda yang ke-41...
Waktu tu, kawan-kawan pejabat Bonda ada menganjurkan majlis hari jadi untuk Bonda...**buat senyap2 je...takut bos Bonda marah...haha~
Kami adik beradik pun datang ke pejabat Bonda pada waktu itu...
Aku ingat, ketika bonda memberikan ucapan pada majlis tersebut....
Dengan linangan air mata, Bonda berkata...

"Selalunya, tiap-tiap tahun sambut berdua...tahun ni sambut sorang2~~"


Ucapan Bonda membuat kami adik-beradik serta sahabat2 rapat Bonda mula ikut sayu dan mengalirkan air mata~
Betul...
Tiap-tiap tahun kami adik-beradik menjadi saksi kegembiraan dan kebahagiaan Ayah dan Bonda menyambut hari jadi bersama-sama...
Jadi, hati kami sedih juga~

Hari Jadi Bonda ke-41...

Bonda sambut tanpa Ayah di sisi~
Hanya bersama-sama anak-anak~
Haiz~ tudung~tudung...=_='
Yang ini, tak ingat pulak hari jadi yang ke berapa..hehe~
Ada hadiah daripada kami adik-beradik yang masih kekal ke hari ini...
Sebenarnya, aku pun tak ingat hadiah tersebut sempena hari jadi ataupun hari ibubapa...
Haha~
Tapi,
Aku sebagai Along, ketika menyampaikan hadiah tersebut, aku cakap:

"Frame ni, kitorg nak Ayah dengan Mak letak kat meja ofis masing2...setiap frame mesti ada gambar Mak dengan Ayah..."

Lepas itu, Ayah jawab:

"Kalau macam tu, Mak kena la bagi gambar Mak kat Ayah..."

Hehe~
Hadiah untuk Ayah dan Bonda daripada kami adik-beradik~

Satu Ayah letak di pejabat beliau~

Satu lagi Bonda letak di pejabat beliau~


Kalau di-usha betul2...
Gambar2 Bonda ketika sambutan hari lahir yang ke-40, bukan main lagi menyengih...**itu tanda Bonda sangat bahagia~
Gambar2 Bonda selepas itu senyum biasa2 sahaja...**itu bukan tanda Bonda tak bahagia, cuma Bonda kerinduan pada seseorang~


Buat Bonda tercinta:


Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-51...
Sudah 10 tahun Mak sambut bersama-sama kami...
Tanpa Ayah...
Along doakan Mak sentiasa bahagia dan gembira...
Along tak nak tengok Mak nangis2 lagi...
Sebab Along tak boleh tengok Mak nangis...
Kalau Mak nangis, Along pun ikut nangis...
Kalau Along nangis, nati mata Along yang sedia sembab ni...
Bertambah-tambah la sembabnye...
Kalau mata Along sembab...
Muka Along jadi tak cantik...
Kalau Along tak cantik...
Susahla Along nak kahwin cepat...
Kalau Mak nak Along kahwin cepat...
Mak janganla menangis lagi....
Melainkan tangisan itu, tangisan kegembiraan~~

Kami suka naik Ayah macam ni...hehe~
Father's daughter : Malam ini kami bertolak ke kampung...kemudian berjalan-jalan di Perlis~Sambutan hari jadi Bonda yang tak mungkin juga aku lupa~~

Wednesday, February 9, 2011

Ayah~9 Februari Menjelma Lagi....

Salam~


Fuh~Fuh~ **tiup habuk
Lamenye tak update blog neh...
'Perasaan' sibuk kononnye...
Haiz~


Tapi,
Sempena tarikh keramat hari ini, aku nak ketuk-ketuk sikitla papan kekunci ni...
Sedikit patah kata untuk disampaikan....


Hari ini, pernah menjadi tarikh hari lahir Ayah~
Dan sentiasa menjadi tarikh lahir Ayah...
Kami sekeluarga takkan pernah lupa...


9 Februari 1960
Tarikh Ayah dilahirkan ke dunia...
Kalau dulu, tiap-tiap tahun kami adik-beradik sentiasa fikir, pakat-pakat... 


"Apakah hadiah untuk Ayah tahun ini?"


Kini, hanya Al-Fatihah dan Yassin serta doa menjadi hadiah pada hari lahir Ayah...
Sejak 10 tahun lalu~




Semoga roh Ayah dicucuri rahmat dan digolongkan bersama-sama orang-orang yang beriman...
Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa Ayah sepanjang hayatnya...
Semoga kami dapat bertemu Ayah di syurga nanti, InsyaAlah...
Dan semoga Allah panjangkan umur dan memurahkan rezeki mereka yang lahir ataupun menyambut ulangtahun kelahirannya pada hari ini...
Amiin~Amiin~Ya Rabbal 'Alamin~




Father's daughter : Nexy entry akan bercerita lebih lanjut tentang hari lahir Ayah ketika bersama-sama kami....^^





Tuesday, December 7, 2010

Ayah & Awal Muharram

Salam Maal Hijrah semua~
Sempena awal Muharram 1432H ni, teringat pulak kisah yang berlaku ketika keluarga aku menyambut awal Muharram lebih 10 tahun lalu...
Kisah ini berlaku lebih kurang pada tahun 1999...
Ketika itu aku masih dalam tingkatan 2...
Membaca doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah serta membaca Yassin bersama-sama telah menjadi acara tahunan buat keluarga aku...
Walau bagaimanapun, sambutan Awal Muharram 1420H, merupakan sambutan Akhir-Awal tahun Hijrah yang aku tak akan lupa sampai bila2~


Sebelum aku bercerita, ada sedikit penerangan tentang Ayah...
Ayah pada ketika itu bekerja sebagai pengawal berita di Bilik Berita RTM...
Kerja Ayah sangat berat kerana Ayahlah yang bertanggungjawab unutk mengawal berita apa yang perlu dan apa yang tidak perlu untuk dibacakan ketika siaran berita ke udara...
Oleh itu, Ayah sering balik lewat ke rumah...
Lebih kurang pukul 8 atau 9 dan kadang2 pukul 10 malam, barulah Ayah sampai rumah...
Setiap kali Bonda selesai memasak, kami akan tuggu dahulu sehingga Ayah pulang ke rumah, barulah kami menjamah makan malam bersama-sama...
Tapi, kadang-kadang apabila Ayah terlalu lewat atau kami sudah tidak tahan lapar, kami akan menelefon Ayah dahulu, sama ada Ayah akan pulang lewat dan meminta kebenaran untuk makan dahulu...
Dan Ayah akan sentiasa bertimbang rasa lalu membenarkan kami makan dahulu...
Tetapi biasanya, kami akan bersama-sama~

Pada tahun 1999, aku masih berada dalam tingkatan 2 dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah...
Dan sekolah ini seperti kebanyakan sekolah2 lain juga, iaitu pelajar2 tingkatan 1, 2 dan Peralihan bersekolah pada sesi petang....
Sekolah aku tak jauh dari rumah...lebih kurang 1.5 km sahaja...
Oleh itu, aku hanya berjalan kaki sahaja berulang-alik dari rumah ke sekolah...
Biasanya, aku akan jalan kaki bersama-sama anak jiranku, yang tinggal selang 2 buah rumah dari rumah aku...
Beliau juga merupakan seorang sahabat sekelas yang aku panggil Jama...dan kami masih rapat sehingga hari ini~
Selain daripada Jama, Marianny juga sering berjalan kaki bersama-sama aku dan Jama...
Beliau tinggal di kondominium yang tidak berapa jauh dari rumah aku...

Sekolah tamat pada pukul 6.45 pm bagi sesi petang...
Dan seperti biasa, aku, Jama dan Marianny bersama-sama berjalan kaki pulang ke rumah...
Sepanjang perjalanan pulang sudah tentulah kami akan berborak sakan...saling bertukar cerita, serta berbincang tentang gosip2 terbaru mahupun tentang pelajaran...(padahal, kami sekelas~!)
Biasanya aku akan sampai ke rumah lebih kurang dalam pukul 7-7.10 pm...
Bergantung kepada isi2 borakan kami...kalau banyak isinya, makin lembap la langkah kami...hehe~

Nak dijadikan cerita, pada malam Awal Muharram tahun itu, aku agak terlewat sampai ke rumah...
Entah apa lah yang kami borakkan aku pun tak tahu...
Tahu2 saja, Ayah sedang menunggu aku di pintu rumah sambil mencekak pinggang, dengan muka yang agak serius....
Aku pula dengan selamba-ngeng~nya tidak pula berasa apa2...iyalah, aku rasa aku tidak buat apa-apa kesalahan...huhu~
Akan tetapi aku agak terkejut juga Ayah pulang ke rumah awal pada hari itu...
Kerana biasanya apabila aku pulang ke rumah, Ayah masih lagi di pejabat...

Belum sempat aku sampai depan pintu untuk membuka kasut sekolah Ayah menyergah aku...terpaku aku di tengah laman rumah sambil disoal siasat oleh Ayah...dan bunyinya lebih kurang begini lah~

Ayah: Ko pegi mana ha?!! (agak garang bunyinya sambil mencekak pinggang)
Aku  : (terkebil-kebil terperanjat) Takde pegi mane...
Ayah: Jangan nak tipu...! Ko dari mane ni?!
Aku  : (agak terpinga-pinga tak faham) Dari sekolah...
Ayah: Cakap betul-betul~! Ko mesti singgah mane2 ni...cakap~!(Ayah mula menuding  
               jarinya ke arahku sambil tangan yang satu lagi masih mencekak pinggangnya)
Aku  : Mane ade Ayah...Along tak singgah mane2 pun...(makin bertambah tak faham)
Ayah: Kalau tak singgah mane2 kenape balik lewat?! Tahu tak sekarang ni dah 
           pukul berape? Tahu tak kite nak bace doa Akhir Tahun?! Semua orang 
           tunggu kau ni...Cepat cakap~!
Aku  : Tau~ Betul Ayah...Along tak singgah mane2...lepas sekolah terus balik 
           rumah...(masa ni  dah hampir2 nak mengangis sebab aku tak faham kenapa Ayah tak 
               percayakan aku)
Ayah: Kalau terus balik kenape boleh sampai lambat?! Ko buat ape ah?!
Aku  : Tadi balik ade borak-borak...tu yang sampai lambat kot...(aku menjawab 
               sekadar memberi alasan...dengan harapan Ayah berpuas hati....kerana itu sahaja jawapan    
               yang benar dan jujur~)
Ayah: Ko borak ape sampai lambat sampai rumah ni? (tone suara Ayah mula perlahan)
Aku  : (terdiam sahaja sambil memandang lantai...takut pula melihatkan Ayah yang sedang 
               marah...)
Ayah: Dah, masuk cepat...nak maghrib dah...kang tak sempat nak bace doa...(Ayah 
               mengiringkan badannya sebagai isyarat aku telah diizinkan masuk ke rumah)
Aku melangkah perlahan dan membuka kasut sekolah...kemudian Ayah sambung lagi...
Ayah: Lepas ni jalan kaki balik tak payah borak2...lepas sekolah terus je balik 
           rumah...
Aku terpinga-pinga lagi...macam mane nak balik rumah tanpa berborak? huhu~ 
Agak berat pesanan Ayah itu untuk aku ikut...

Pada tahun itu, Ayah telah mengimamkan doa Akhir dan Awal Tahun...seperti biasa...dan seingat aku juga, kami solat Maghrib berjemaah pada malam itu...

Pada tahun 2000, Ayah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya...
Tahun itu, kami sempat sambut Awal Muharram 1421H buat kali terakhir bersama-sama Ayah dan kali terakhir juga Ayah mengimamkan kami membaca doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah untuk kami sekeluarga...

Peristiwa Awal Muharram 1420H sentiasa melekat dalam ingatan aku...
Aku sedar, mungkin Ayah risaukan sesuatu terjadi kepada aku ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah...
Maklumlah...aku anak sulung, anak perempuannya yang sedang membesar...sedang berada dalam peringkat remaja...
Ayah mana yang tidak risau...kerana sebagai seorang pengawal berita, aku pasti Ayah banyak terbaca berita2 kurang enak yang menimpa anak2 gadis di luar sana...
Jadi, sudah tentu banyak perkara yang bermain di fikiran Ayah apabila menunggu aku yang masih tidak sampai2 lagi ke rumah...
Apabila aku selamat pulang ke rumah, Ayah pasti berasa lega aku kerana aku masih selamat...namun, Ayah tentu masih tertanya-tanya mengapa aku pulang lewat pada malam itu...
Entah2 aku sudah pandai menyinggah2 ke...sudah pandai ber-boyfriend ke...pandai ponteng sekolah ke...
Apa yang pasti...Allah tau, aku tidak berbohong kepada Ayah...dan aku bukanlah jenis2 yang Ayah mungkin sangkakan...
Sehinggalah Ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir, aku masih anak gadis Ayah yang boleh dipercayai~

"I Trust And Love You....I.T.A.L.Y!"

Teringat SMS yang pernah Bonda kirimkan kepada aku ketika aku sedang belajar di Universiti Malaysia Sabah...
Berada jauh dari pandangan mata Bonda sudah tentu Bonda risaukan keadaan aku...tapi Bonda memilih untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada aku.....dan aku pasti, hingga ke hari ini, Bonda masih percayakan aku...
Aku akan jaga kepercayaan yang Bonda telah berikan kepada aku...agar Bonda tidak  perlu risaukan aku~
Maka, sempena Tahun Baru Maal Hijrah 1432 ini, aku berazam ingin menjadi seorang hamba Allah dan anak yang lebih baik dan sentiasa taat...tidak kira apa yang berlaku, selagi aku belum berkahwin aku cuma ada Bonda saja orang yang aku perlu taat~ Semoga kita semua menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik...Amiin~

father's daugther: Esok cuti...apa aku nak buat ya??? ada kawan ajak keluar...kena minta izin mak dulu~:)

Friday, November 26, 2010

Ayah & Sukan Komanwel

Assalamualaikum.....

Haih~ sebenarnya dah lame dah nak update blog ni..
tapi disebabkan entry kali ni agak memalukan diri aku sendiri....
maka, agak teragak-agak la nak update.....
tapi~ demi berkongsi kenangan tentang Ayah tercinta, kukorbankan jua imageku dalam entry kali ni...
kenapa?
tengok aje la....

Bulan Oktober yang lalu telah berlangsung Sukan Komanwel ke-19 di Delhi, India...
Performance kontigen Malaysia biasa-biasa saja...
Badminton bolehla kita dapat emas kerana negara-negara hebat tidak termasuk dalam Komanwel..hehe~
Tiba-tiba terimbas kembali zaman Malaysia menjadi tuan rumah untuk sukan berprestij tersebut....
Salah satu kenangan yang aku dan keluarga kecapi ketika bersama-sama Ayah~

Maskot dan logo Sukan Komanwel ke-19 di Delhi

Pada tahun 1998...kira-kira 12 tahun yang lalu, telah berlangsungnya acara bersejarah buat negara kita...menjadi tuan rumah untuk Sukan Komanwel yang ke 16~
Sekadar tambahan, pelbagai perkara bersejarah berlaku pada tahun 1998....
Antaranya:

1) Aku masuk sekolah menengah...tingkatan 1,SMK Pandan Indah....
2) Atuk (belah Bonda) meninggal dunia....akibat stroke....
3) Pemecatan Anwar Ibrahim...bekas Timbalan Menteri....
dan berikutan pemecatan beliau, pelbagai perkaralah yang berlaku...termasuklah kes liwat beliau~ (never ending story~)
4) Tersergamnya Stadium National Bukit Jalil, KLIA dan Litar Sepang (kalau tak silap~)
5) LRT giat beroperasi

Sepanjang ingatan aku, Malaysia memang bertungkus-lumus menyiapkan apa yang patut sebelum berlangsungnya Sukan Komanwel...
Maklumla..Sukan Komanwel merupakan sukan yang agar besar...
Sebagai tuan rumah yang bakal dikunjungi hampir 70 buah negara-negara bekas jajahan British, sudah tentu Malaysia mahu memberikan pandangan yang baik terhadap para pelawat~
Logo Sukan Komanwel ke-16, Kuala Lumpur yang diilhamkan daripada bunga raya...bunga kebangsaan kita

Maskot~ WIRA~

Sebagai rakyat Malaysia, Ayah turut gembira dengan pencapaian negara pada tahun itu. Oleh itu, Ayah telah membawa kami sekeluarga menaiki LRT  (Buat pertama kalinya) untuk melawat Stadium Bukit Jalil untuk melihat sendiri kemeriahan acara Sukan Komanwel ke-16...
Yang sedihnya kami cuma berjalan-jalan sekitar stadium sahaja...tidak masuk untuk melihat acara sukan pun..
Biasala, dengan fikiran yang belum matang pada waktu itu, tentulah ada berharap untuk masuk stadium~!
Tapi harapan tinggal harapan....(tapi dapat jugak aku merasa masuk stadium semasa melihat TATU 2002...kalau tak silap~) 

Walau bagaimanapun, kami sekeluarga (termasukla Amin yang berada dalam perut Bonda ketika itu) tetap berasa gembira~!
Lihat sajalah gambar-gambar di bawah~

Amaran:
Gambar-gambar di bawah mengandungi fashion terrorist yang boleh mencetuskan fashion disaster~ T_T
I will not telling who's who...teka-teka ajela ye...obvious kot~ haha~

Bergambar di hadapan Pusat Akuatik Nasional di mana berlangsungnya acara sukan renang

Berlatarbelakangkan stadium~

Kami yang masih 6 beradik pada ketika ini bersama-sama Bonda sedang berehat~

Berlatarbelakangkan LRT dan maskot Wira~
Adakah budak yang sedang lalu itu sedang mentertawakan aku? Dey~ baju ko pun xde la lawa sangat~ huh...

Jelas meriah suasana di sekitar Stadium Bukit Jalil~Dik, awat ko tunduk? ko malu pasal aku ke? huhu~

Wira yang diperbuat daripada bunga-bungaan~

Di pusat akuatik lagi~

Akhirnya~ Ayah muncul jua dalam gambar~

Adakah ini stadium gimnastik? aku kurang periksa plak~

Meriahnya~ Seriously la girl...what were you thinking wearing like that~?? huhu~
Nak balik dah~ LRT dah sampai...maybe naik next train kot...macam penuh aje tu?


Seperti yang dalam gambar-gambar tersebut hanya sekeping sahaja gambar Ayah...(dan Ayah kelihatan hensem seperti biasa~)
Hehe~ mungkin pada Ayah anak-anak masih kecik lagi kot...tak boleh diharap lagi untuk pegang kamera...
Bonda pula sibuk mengendong anak~
Yang penting kami sangat gembira kerana turut terlibat dalam hari-hari bersejarah tersebut...
Apa-apa pun, tahniah kepada Malaysia telah berjaya mengutip 10 pingat emas...tiga emas lebih daripada jangkaan...Syabas~!!
Aku akhiri entry ini dengan lagu best~ lagu meremang bulu roma~ by Ella...
enjoy~! (ala2 gaya Nora Danish...)


father's daughter: Sekarang sedang berlangsung Sukan Asia pula...harap-harap Malaysia dapat kutip banyak pingat~