Wednesday, February 9, 2011

Ayah~9 Februari Menjelma Lagi....

Salam~


Fuh~Fuh~ **tiup habuk
Lamenye tak update blog neh...
'Perasaan' sibuk kononnye...
Haiz~


Tapi,
Sempena tarikh keramat hari ini, aku nak ketuk-ketuk sikitla papan kekunci ni...
Sedikit patah kata untuk disampaikan....


Hari ini, pernah menjadi tarikh hari lahir Ayah~
Dan sentiasa menjadi tarikh lahir Ayah...
Kami sekeluarga takkan pernah lupa...


9 Februari 1960
Tarikh Ayah dilahirkan ke dunia...
Kalau dulu, tiap-tiap tahun kami adik-beradik sentiasa fikir, pakat-pakat... 


"Apakah hadiah untuk Ayah tahun ini?"


Kini, hanya Al-Fatihah dan Yassin serta doa menjadi hadiah pada hari lahir Ayah...
Sejak 10 tahun lalu~




Semoga roh Ayah dicucuri rahmat dan digolongkan bersama-sama orang-orang yang beriman...
Semoga Allah ampunkan segala dosa-dosa Ayah sepanjang hayatnya...
Semoga kami dapat bertemu Ayah di syurga nanti, InsyaAlah...
Dan semoga Allah panjangkan umur dan memurahkan rezeki mereka yang lahir ataupun menyambut ulangtahun kelahirannya pada hari ini...
Amiin~Amiin~Ya Rabbal 'Alamin~




Father's daughter : Nexy entry akan bercerita lebih lanjut tentang hari lahir Ayah ketika bersama-sama kami....^^





1 comment: