Salam Maal Hijrah semua~
Sempena awal Muharram 1432H ni, teringat pulak kisah yang berlaku ketika keluarga aku menyambut awal Muharram lebih 10 tahun lalu...
Kisah ini berlaku lebih kurang pada tahun 1999...
Ketika itu aku masih dalam tingkatan 2...
Membaca doa Akhir dan Awal Tahun Hijrah serta membaca Yassin bersama-sama telah menjadi acara tahunan buat keluarga aku...
Walau bagaimanapun, sambutan Awal Muharram 1420H, merupakan sambutan Akhir-Awal tahun Hijrah yang aku tak akan lupa sampai bila2~
Sebelum aku bercerita, ada sedikit penerangan tentang Ayah...
Ayah pada ketika itu bekerja sebagai pengawal berita di Bilik Berita RTM...
Kerja Ayah sangat berat kerana Ayahlah yang bertanggungjawab unutk mengawal berita apa yang perlu dan apa yang tidak perlu untuk dibacakan ketika siaran berita ke udara...
Oleh itu, Ayah sering balik lewat ke rumah...
Lebih kurang pukul 8 atau 9 dan kadang2 pukul 10 malam, barulah Ayah sampai rumah...
Setiap kali Bonda selesai memasak, kami akan tuggu dahulu sehingga Ayah pulang ke rumah, barulah kami menjamah makan malam bersama-sama...
Tapi, kadang-kadang apabila Ayah terlalu lewat atau kami sudah tidak tahan lapar, kami akan menelefon Ayah dahulu, sama ada Ayah akan pulang lewat dan meminta kebenaran untuk makan dahulu...
Dan Ayah akan sentiasa bertimbang rasa lalu membenarkan kami makan dahulu...
Tetapi biasanya, kami akan bersama-sama~
Pada tahun 1999, aku masih berada dalam tingkatan 2 dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Indah...
Dan sekolah ini seperti kebanyakan sekolah2 lain juga, iaitu pelajar2 tingkatan 1, 2 dan Peralihan bersekolah pada sesi petang....
Sekolah aku tak jauh dari rumah...lebih kurang 1.5 km sahaja...
Oleh itu, aku hanya berjalan kaki sahaja berulang-alik dari rumah ke sekolah...
Biasanya, aku akan jalan kaki bersama-sama anak jiranku, yang tinggal selang 2 buah rumah dari rumah aku...
Beliau juga merupakan seorang sahabat sekelas yang aku panggil Jama...dan kami masih rapat sehingga hari ini~
Selain daripada Jama, Marianny juga sering berjalan kaki bersama-sama aku dan Jama...
Beliau tinggal di kondominium yang tidak berapa jauh dari rumah aku...
Sekolah tamat pada pukul 6.45 pm bagi sesi petang...
Dan seperti biasa, aku, Jama dan Marianny bersama-sama berjalan kaki pulang ke rumah...
Sepanjang perjalanan pulang sudah tentulah kami akan berborak sakan...saling bertukar cerita, serta berbincang tentang gosip2 terbaru mahupun tentang pelajaran...(padahal, kami sekelas~!)
Biasanya aku akan sampai ke rumah lebih kurang dalam pukul 7-7.10 pm...
Bergantung kepada isi2 borakan kami...kalau banyak isinya, makin lembap la langkah kami...hehe~
Nak dijadikan cerita, pada malam Awal Muharram tahun itu, aku agak terlewat sampai ke rumah...
Entah apa lah yang kami borakkan aku pun tak tahu...
Tahu2 saja, Ayah sedang menunggu aku di pintu rumah sambil mencekak pinggang, dengan muka yang agak serius....
Aku pula dengan selamba-ngeng~nya tidak pula berasa apa2...iyalah, aku rasa aku tidak buat apa-apa kesalahan...huhu~
Akan tetapi aku agak terkejut juga Ayah pulang ke rumah awal pada hari itu...
Kerana biasanya apabila aku pulang ke rumah, Ayah masih lagi di pejabat...
Belum sempat aku sampai depan pintu untuk membuka kasut sekolah Ayah menyergah aku...terpaku aku di tengah laman rumah sambil disoal siasat oleh Ayah...dan bunyinya lebih kurang begini lah~
Ayah: Ko pegi mana ha?!! (agak garang bunyinya sambil mencekak pinggang)
Aku : (terkebil-kebil terperanjat) Takde pegi mane...
Ayah: Jangan nak tipu...! Ko dari mane ni?!
Aku : (agak terpinga-pinga tak faham) Dari sekolah...
Ayah: Cakap betul-betul~! Ko mesti singgah mane2 ni...cakap~!(Ayah mula menuding
jarinya ke arahku sambil tangan yang satu lagi masih mencekak pinggangnya)
Aku : Mane ade Ayah...Along tak singgah mane2 pun...(makin bertambah tak faham)
Ayah: Kalau tak singgah mane2 kenape balik lewat?! Tahu tak sekarang ni dah
pukul berape? Tahu tak kite nak bace doa Akhir Tahun?! Semua orang
tunggu kau ni...Cepat cakap~!
Aku : Tau~ Betul Ayah...Along tak singgah mane2...lepas sekolah terus balik
rumah...(masa ni dah hampir2 nak mengangis sebab aku tak faham kenapa Ayah tak
percayakan aku)
Ayah: Kalau terus balik kenape boleh sampai lambat?! Ko buat ape ah?!
Aku : Tadi balik ade borak-borak...tu yang sampai lambat kot...(aku menjawab
sekadar memberi alasan...dengan harapan Ayah berpuas hati....kerana itu sahaja jawapan
yang benar dan jujur~)
Ayah: Ko borak ape sampai lambat sampai rumah ni? (tone suara Ayah mula perlahan)
Aku : (terdiam sahaja sambil memandang lantai...takut pula melihatkan Ayah yang sedang
marah...)
Ayah: Dah, masuk cepat...nak maghrib dah...kang tak sempat nak bace doa...(Ayah
mengiringkan badannya sebagai isyarat aku telah diizinkan masuk ke rumah)
Aku melangkah perlahan dan membuka kasut sekolah...kemudian Ayah sambung lagi...
Ayah: Lepas ni jalan kaki balik tak payah borak2...lepas sekolah terus je balik
rumah...
rumah...
Aku terpinga-pinga lagi...macam mane nak balik rumah tanpa berborak? huhu~
Agak berat pesanan Ayah itu untuk aku ikut...
Pada tahun itu, Ayah telah mengimamkan doa Akhir dan Awal Tahun...seperti biasa...dan seingat aku juga, kami solat Maghrib berjemaah pada malam itu...
Pada tahun 2000, Ayah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya...
Tahun itu, kami sempat sambut Awal Muharram 1421H buat kali terakhir bersama-sama Ayah dan kali terakhir juga Ayah mengimamkan kami membaca doa Awal dan Akhir Tahun Hijrah untuk kami sekeluarga...
Peristiwa Awal Muharram 1420H sentiasa melekat dalam ingatan aku...
Aku sedar, mungkin Ayah risaukan sesuatu terjadi kepada aku ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah...
Maklumlah...aku anak sulung, anak perempuannya yang sedang membesar...sedang berada dalam peringkat remaja...
Ayah mana yang tidak risau...kerana sebagai seorang pengawal berita, aku pasti Ayah banyak terbaca berita2 kurang enak yang menimpa anak2 gadis di luar sana...
Jadi, sudah tentu banyak perkara yang bermain di fikiran Ayah apabila menunggu aku yang masih tidak sampai2 lagi ke rumah...
Apabila aku selamat pulang ke rumah, Ayah pasti berasa lega aku kerana aku masih selamat...namun, Ayah tentu masih tertanya-tanya mengapa aku pulang lewat pada malam itu...
Entah2 aku sudah pandai menyinggah2 ke...sudah pandai ber-boyfriend ke...pandai ponteng sekolah ke...
Apa yang pasti...Allah tau, aku tidak berbohong kepada Ayah...dan aku bukanlah jenis2 yang Ayah mungkin sangkakan...
Sehinggalah Ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir, aku masih anak gadis Ayah yang boleh dipercayai~
"I Trust And Love You....I.T.A.L.Y!"
Teringat SMS yang pernah Bonda kirimkan kepada aku ketika aku sedang belajar di Universiti Malaysia Sabah...
Berada jauh dari pandangan mata Bonda sudah tentu Bonda risaukan keadaan aku...tapi Bonda memilih untuk memberikan sepenuh kepercayaan kepada aku.....dan aku pasti, hingga ke hari ini, Bonda masih percayakan aku...
Aku akan jaga kepercayaan yang Bonda telah berikan kepada aku...agar Bonda tidak perlu risaukan aku~
Maka, sempena Tahun Baru Maal Hijrah 1432 ini, aku berazam ingin menjadi seorang hamba Allah dan anak yang lebih baik dan sentiasa taat...tidak kira apa yang berlaku, selagi aku belum berkahwin aku cuma ada Bonda saja orang yang aku perlu taat~ Semoga kita semua menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik...Amiin~
father's daugther: Esok cuti...apa aku nak buat ya??? ada kawan ajak keluar...kena minta izin mak dulu~:) |
Saya juga berikan sepenuh kepercayaan kpd Along :)
ReplyDeleteSetiap kali baca catatan along.... mesti air mata juga menemani.....kenangan bersama ayah yg tak mungkin terpadam.....
ReplyDelete