Friday, November 26, 2010

Ayah & Sukan Komanwel

Assalamualaikum.....

Haih~ sebenarnya dah lame dah nak update blog ni..
tapi disebabkan entry kali ni agak memalukan diri aku sendiri....
maka, agak teragak-agak la nak update.....
tapi~ demi berkongsi kenangan tentang Ayah tercinta, kukorbankan jua imageku dalam entry kali ni...
kenapa?
tengok aje la....

Bulan Oktober yang lalu telah berlangsung Sukan Komanwel ke-19 di Delhi, India...
Performance kontigen Malaysia biasa-biasa saja...
Badminton bolehla kita dapat emas kerana negara-negara hebat tidak termasuk dalam Komanwel..hehe~
Tiba-tiba terimbas kembali zaman Malaysia menjadi tuan rumah untuk sukan berprestij tersebut....
Salah satu kenangan yang aku dan keluarga kecapi ketika bersama-sama Ayah~

Maskot dan logo Sukan Komanwel ke-19 di Delhi

Pada tahun 1998...kira-kira 12 tahun yang lalu, telah berlangsungnya acara bersejarah buat negara kita...menjadi tuan rumah untuk Sukan Komanwel yang ke 16~
Sekadar tambahan, pelbagai perkara bersejarah berlaku pada tahun 1998....
Antaranya:

1) Aku masuk sekolah menengah...tingkatan 1,SMK Pandan Indah....
2) Atuk (belah Bonda) meninggal dunia....akibat stroke....
3) Pemecatan Anwar Ibrahim...bekas Timbalan Menteri....
dan berikutan pemecatan beliau, pelbagai perkaralah yang berlaku...termasuklah kes liwat beliau~ (never ending story~)
4) Tersergamnya Stadium National Bukit Jalil, KLIA dan Litar Sepang (kalau tak silap~)
5) LRT giat beroperasi

Sepanjang ingatan aku, Malaysia memang bertungkus-lumus menyiapkan apa yang patut sebelum berlangsungnya Sukan Komanwel...
Maklumla..Sukan Komanwel merupakan sukan yang agar besar...
Sebagai tuan rumah yang bakal dikunjungi hampir 70 buah negara-negara bekas jajahan British, sudah tentu Malaysia mahu memberikan pandangan yang baik terhadap para pelawat~
Logo Sukan Komanwel ke-16, Kuala Lumpur yang diilhamkan daripada bunga raya...bunga kebangsaan kita

Maskot~ WIRA~

Sebagai rakyat Malaysia, Ayah turut gembira dengan pencapaian negara pada tahun itu. Oleh itu, Ayah telah membawa kami sekeluarga menaiki LRT  (Buat pertama kalinya) untuk melawat Stadium Bukit Jalil untuk melihat sendiri kemeriahan acara Sukan Komanwel ke-16...
Yang sedihnya kami cuma berjalan-jalan sekitar stadium sahaja...tidak masuk untuk melihat acara sukan pun..
Biasala, dengan fikiran yang belum matang pada waktu itu, tentulah ada berharap untuk masuk stadium~!
Tapi harapan tinggal harapan....(tapi dapat jugak aku merasa masuk stadium semasa melihat TATU 2002...kalau tak silap~) 

Walau bagaimanapun, kami sekeluarga (termasukla Amin yang berada dalam perut Bonda ketika itu) tetap berasa gembira~!
Lihat sajalah gambar-gambar di bawah~

Amaran:
Gambar-gambar di bawah mengandungi fashion terrorist yang boleh mencetuskan fashion disaster~ T_T
I will not telling who's who...teka-teka ajela ye...obvious kot~ haha~

Bergambar di hadapan Pusat Akuatik Nasional di mana berlangsungnya acara sukan renang

Berlatarbelakangkan stadium~

Kami yang masih 6 beradik pada ketika ini bersama-sama Bonda sedang berehat~

Berlatarbelakangkan LRT dan maskot Wira~
Adakah budak yang sedang lalu itu sedang mentertawakan aku? Dey~ baju ko pun xde la lawa sangat~ huh...

Jelas meriah suasana di sekitar Stadium Bukit Jalil~Dik, awat ko tunduk? ko malu pasal aku ke? huhu~

Wira yang diperbuat daripada bunga-bungaan~

Di pusat akuatik lagi~

Akhirnya~ Ayah muncul jua dalam gambar~

Adakah ini stadium gimnastik? aku kurang periksa plak~

Meriahnya~ Seriously la girl...what were you thinking wearing like that~?? huhu~
Nak balik dah~ LRT dah sampai...maybe naik next train kot...macam penuh aje tu?


Seperti yang dalam gambar-gambar tersebut hanya sekeping sahaja gambar Ayah...(dan Ayah kelihatan hensem seperti biasa~)
Hehe~ mungkin pada Ayah anak-anak masih kecik lagi kot...tak boleh diharap lagi untuk pegang kamera...
Bonda pula sibuk mengendong anak~
Yang penting kami sangat gembira kerana turut terlibat dalam hari-hari bersejarah tersebut...
Apa-apa pun, tahniah kepada Malaysia telah berjaya mengutip 10 pingat emas...tiga emas lebih daripada jangkaan...Syabas~!!
Aku akhiri entry ini dengan lagu best~ lagu meremang bulu roma~ by Ella...
enjoy~! (ala2 gaya Nora Danish...)


father's daughter: Sekarang sedang berlangsung Sukan Asia pula...harap-harap Malaysia dapat kutip banyak pingat~

2 comments:

  1. lawak gile muka ko cah hahahahaha

    ReplyDelete
  2. haha~ tau xpe...serba salah giler aku nak letak gambo2 neh~ haih~ terime je la....awok tu tak comel~ hihi^^

    ReplyDelete