Wednesday, November 3, 2010

Ayah & Konvokesyen UPM

Salam...
2 entry skali...tak mau tangguh2...banyak entry lain lagi...
Pada 091010 hingga 121010 yang lalu, UPM telah mengadakan Istiadat Konvokesyen yang ke-34...
Jadi, apa kena-mengena konvokesyen UPM tersebut dengan dengan blog yang dedikasi untuk Ayah ini?
Haa~ (macam rancangan kanak2 pulak~), untuk pengetahuan mereka yang tidak tahu, Ayah merupakan graduan UPM dalam jurusan Pertanian...yang pada ketika itu, UPM masih lagi Universiti Pertanian Malaysia...Selain itu, Ayah selalu juga membawa kami sekeluarga ke Pesta Konvo UPM~

Menurut cerita Bonda, (biasa aku panggil Emak, tapi dalam blog ni, aku nak panggil Bonda^^) selepas sahaja mendapat keputusan SPM, Ayah terus ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda...tak perlu matrikulasi ataupun STPM...kiranya, Ayah merupakan pelajar SPM yang berkelulusan cemerlanglah ni...kata Bonda lagi, bukan senang untuk mengambil fast track ni...risikonya agak tinggi...kalau gagal, akan dibuang universiti...akibatnya, carilah kerja berbekalkan kelulusan SPM sahaja....tak kiralah keputusan SPM tersebut cemerlang ataupun tidak....

Ya, Ayah berjaya mengatasi risiko tersebut dan berjaya lulus cemerlang di peringkat Sarjana Muda juga...bak kata Bonda, orang Jawa ni rajin dan kuat berusaha...(kalau lah aku juga rajin dan kuat berusaha...=_=" mesti Master aku dah siap sekarang ni...) Sebaik sahaja tamat pengajian Ayah terus bekerja di RTM (Radio Televisyen Malaysia)...(apa kena-mengena kelulusan Pertanian dengan kewartawanan? tak ade kene-mengene langsung~!) Tetapi....haaa, di sinilah Ayah bertemu jodoh dengan Bonda...How he met my mother? lain entry lah ye~ hehe...

Boleh dikatakan, Ayah adalah orang pertama dalam keluarganya yang berkelulusan Sarjana Muda...sudah tentu, usaha kuat Ayah juga didorong oleh kepayahan yang dilalui oleh Ayah  dan keluarganya...semuanya demi mengubah nasib keluarga...Ayah selalu bercerita tentang susah-payah Ayah dan keluarga supaya kami sentiasa beringat agar tidak leka dan sentiasa merendah diri...bak kata Geng Surau, tidak Sombong~Bongkak~Riak~Berlagak~! 

Selain itu, Pak Long yang bertegas mahukan Ayah sentiasa cemerlang dalam pelajarannya turut menyumbang kepada kejayaan Ayah...Ya, menurut Bonda lagi, Ayah pernah bercerita kepadanya, bagaimana Pak Long sangat tegas terhadap adik-beradiknya...maklumlah, Pak Long adalah tunggak keluarga, memandangkan Nenek merupakan ibu tunggal...(bagus juga kalu aku dapat bertegas seperti Pak Long...tapi adik2 pula tak mau dengar kate~)

Segak melangkah bersama-sama Ijazahnya...jubah UPM yang pada ketika itu berwarna hijau...sangat klasik~!

Walaupun Ayah berkerja diluar bidang kelulusannya, Ayah sangat suka menanam pokok-pokok buah serta pokok-pokok hiasan di halaman rumah...mengaplikasikan sedikit apa yang Ayah pelajari....Kebanyakan anak pokok Ayah beli ketika membawa kami sekeluarga ke Pesta Konvo UPM...di Pesta Konvo UPM juga aku dan adik2 (yang mana sempat) berpeluang menaiki kuda...dari situ juga aku tahu, Ayah sayangkan UPM...tempatnya mengembangkan ilmu...kerana...kadang2, apabila kami menziarahai rumah Pak Long (beliau juga graduan UPM) yang terletak di Sri Serdang, kami pasti akan lalu UPM, dan Ayah pula akan kata,
 
"inilah universiti Ayah...tempat Ayah belajar dulu..." 

Dahulu, laman rumah kami cantik dihias pokok buluh Jepun di sekeliling pagar tepi rumah kami...rumput karpet menghiasi laman...tetapi, kawasan rumah kami yang sering dilanda banjir banyak membawa kemusnahan kepada pokok-pokok hiasan...yang kekal sehingga hari ini ialah pokok kelapa, pokok kuinin, serta pokok mangga yang sentiasa lebat berbuah hingga ke hari ini...hasil tanaman Ayah ini, kami kongsi bersama-sama jiran tetangga, saudara-mara serta sahabat handai...
 Pokok mangga Ayah yang ditanam di hadapan rumah...kelihatan, Angah sedang mengait buah mangga untuk dibawa pulang ke kampung~
Angah sedang berusaha mendapatkan mangga yang terbaik untuk diagih2kan
 Pokok mangga Ayah yang lebat berbuah~
 Bonda~ tersenyum bangga bersama-sama buah mangga yang dikaitnya~
 Buah mangga hasil tanaman Ayah sangat cantik dan 'high class'~! Saiznya besar dan isinya sanagt sedap~



Akhir kata, seperti yang dipesan Bonda kepada kami tujuh beradik....

"Kalau korang tak masuk universiti, memangla....mak dengan ayah sama2 lepasan universiti"


Ayah~ Along dan Angah dah sama2 jadi graduan universiti peringkat Sarjana Muda...Acik baru sahaja tamat pengaijan Diplomanya pada 071010 yang lalu dengan cemerlangnya...wish you were there~ you must be proud!
Adibah pula sedang berusaha di UiTM Seri Iskandar...dia juga cemerlang dan bakal tamat pengajian dalam setahun lagi...InsyaAllah Adilah, Aliah dan Amin juga bakal menyusul kami~
dan Ayah~ seperti yang Ayah pernah harapkan, Along telah mengambil Sarjana Muda di UMS...dan kini sedang mengambil Sarjana pula di UPM...di universiti Ayah...insyaAllah Along juga bakal bergelar graduan UPM...seperti Ayah~

Sehari selepas Konvokesyen UMS~ (Acik tinggal di hotel, 'study'...nak 'final exam'~)
 Pada hari Konvokesyen Angah~
Bergambar sebelum Acik berkonvo~ (Adibah tiad kerana sibuk di UiTM Seri Iskandar)


Sesungguhnya kami bangga menjadi anak-anak Ayah dan Bonda~ kami tidak akan menghampakan Ayah dan Bonda....'we love you sooooo much~!'

 
father's daughter: bilalah aku nak bergelar graduan UPM ni? kene usaha lebih nih~! tahniah kepada graduan2 UPM 2010~!

No comments:

Post a Comment