Wednesday, November 3, 2010

Ayah & Aidilfittri ke-10 tanpanya

Salam~
Walaupun lab report masih menimbun dan markah perlu diemail kpd Dr. esok...aku mesti update jugak blog ni...huhu~

 Terukir nama Ayah dan tarikh bersejarah

100910 yang merupakan genap 10 tahun Ayah pergi meninggalkan kami...yang kebetulannya jatuh pada hari raya yang pertama.
Memang sepanjang Ramadhan dan persiapan hari raya kami sekeluarga bersederhana saja...mood hari raya tahun ni tidak se'excited' tahun2 sudah...mungkin kerana rindukan Ayah...mungkin juga kerana usia aku yang meningkat membuat aku rasa biasa-biasa saja untuk menyambut hari raya...tapi, Geng Surau sedikit sebanyak menceriakan Ramadhan kami sekeluarga...^_^

Pada malam raya, seperti biasa, kami akan tidur lewat...sibuk meyiapkan juadah hari raya...masak rendang, ketupat, dan kuah lodeh. Aku dan emak tidur sesudah subuh...dan pagi raya, memang aku sudah bercadang untuk tidak solat hari raya...mengantuk yang amat~! Lagipun kami bercadang untuk bertolak ke kampung selepas tengah hari kononnya~

Selepas menjamah juadah hari raya dan sebelum solat Jumaat, aku bersama-sama adik2 (Adibah, Adilah, Aliah dan Amin...Angah lambat bersiap, mak dan acik pula uzur...) pergi menziarahi pusara Ayah dan Atuk.  Melihatkan pusara Ayah yang sepi, hati aku jadi sayu. Aku cuba2 juga menahan emosi supaya tidak menangis di depan adik2...tapi aku menangis juga....aku tahan2kan jugak supaya tidak terlalu emosi...rindunya aku pada Ayah, Tuhan saja yang tahu...dan aku tahu, adik2 aku yang lain juga rindu pada Ayah~
 Aliah, Adibah, Adilah dan Amin~ di pusara Ayah...(amaran: ini bukan lakonan~!)

Dengan air Yassin yang aku dan Adibah sediakan pada malam sebelumnya, pusara Ayah kami siram diiring doa yang putus2...adik2 aku kemudian beransur ke pusara Atuk pula yang tidak jauh dari pusara Ayah. Tinggallah aku sendirian bersama-sama Ayah...dan ketika itulah aku tidak mampu menahan lagi...aku menangis semahu-mahunya...mahu saja aku mengadu kepada Ayah kisah susah-senang kami sekeluarga sepanjang ketiadaannya...

         "Ayah, sepanjang 10 tahun ni, Along.........."
            "Ayah, sepanjang 10 tahun ni, Emak..........."
            "Ayah, sepanjang 10 tahun ni, Adik2.........."
            "Ayah, sepanjang 10 tahun ni, kami............"

Namun, apabila persoalan "Kenapa..." tiba2 muncul...Astaghfirullah~ aku lekas2 beristighfar...lantas aku bangun, menyentuh batu nisan yang terukir nama Ayah, dan terus melangkah meninggalkan pusara Ayah...aku tidak mahu lama2...aku risau aku akan meratap di pusara Ayah...

Selesai menziarahi pusara Atuk, kami pulang ke rumah...malangnya, air mata aku (termasuklah air hingus~) masih masih tak henti-henti mengalir...aku berbaring di sofa panjang cuba untuk memujuk dan menenangkan hati sendiri...(tak ade sape pulak nak pujuk~ huhu...) tiba2 Nate (sebutannya Net), kucing angkat yang kami bawa dari Seri Iskandar, datang dan duduk di kain baju kurungku...kain baju kurung memang menjadi tempat kegemaran Nate. Kehadiran Nate yang bermanja-manja, (sesungguhnya Nate bukan kucing yang manja....tapi mungkin dia paham,tuannya sedang berduka~)  kemudian tidur disamping aku membuatkan hati aku sedikit terpujuk...Nate memang kucing bijak...tapi agak ngeng....tidak lama selepas Nate tidur, aku pula terlelap~
 
 inilah Nate~ pengubat duka lara...^^
Selepas solat zohor (lebih kurang pukul 3.30 pm lebih), barulah kami mengangkat barang2 ke dalam kereta, bersiap2 untuk bertolak ke kampung...sepanjang hari raya pertama dan kedua, mood raya aku masih biasa2...tiada rasa untuk bergambar, tapi hanya mengambil gambar2 orang lain...(hanya Syamil, sepupu aku yang 'ngeng' je suka sangat ambil gambar aku...tak paham~ =_=") hari raya ketiga, baru aku ada mood untuk bergambar~
 
 wajah2 ceria bersama-sama keluarga dan saudara-mara di hari raya ketiga~

Ayah~ sesungguhnya sepanjang 10 tahun berhari raya tanpamu suasananya sangat2 berbeza...kalau diceritakan suasana hari raya ketika bersama-sama Ayah, boleh dijadikan drama bersiri bermusim...terlalu banyak kisahnya...tapi untuk Aidilfitri 2010, biarlah catatannya berakhir di sini dahulu...jika umur panjang, jumpa di Aidilfitri 2011....
Yang pergi tetap pergi...
tetap diingati dan dirindui...
yang masih hidup mendoakan mereka yang telah pergi ..
agar suatu hari nanti...
Allah menyatukan kita kembali...
di Syurga Allah yang misteri~ 
(InsayaAllah...)
 father's daughter: Dalam tak ada 'mood' tu, aku makan banyak juga~! 
tertanya juga, apa khabar kampung halaman Ayah...lama tidak menjenguk ke sana...

No comments:

Post a Comment