Ingatkan nak update malam semalam...
Lupe pulak gambo2 tak snap lagi...
Kena la tunggu siang...
Untuk dapatkan kualiti gambo yang lebih unggul(?)...
Jika semalam hari jadi Ayah...
Hari ini hari jadi Bonda...
Betul...
Jika Ayah lahir pada 9 Februari 1960...
Bonda lahir pada 10 Februari 1960...
Betul...
Ayah dan Bonda sebaya...
Beza umur mungkin beberapa jam sahaja...
Betul... :)
Zaman mudamudi~ masa ni Bonda mengandungkan aku..hihi~ |
Aku dari dulu selalu kagum dengan jodoh antara Ayah dan Bonda...
Hari jadi boleh pulak la sebelah2...
Tapi mungkin juga ada pasangan suami isteri diluar sana yang punya tarikh lahir yang sama...
Itu pun aku kagum~
Unik~
Tanpa kematangan, **zaman sekolah dulu la~ aku pun berfikir-fikir nak carik lelaki yang lahir awal sehari daripada aku...
Pastu kahwin dengan beliau...
Boleh la sambut hari jadi sama2...
Cam romantik la konon kan???
Haha~
Ngeng~
Pada hari bersejarah Ayah dan Bonda |
Zaman sekolah2...kecik2 dulu...
Kami adik-beradik akan kumpul duit untuk beli hadiah hari jadi Ayah dan Bonda...
Al-maklumla...
Mana la nak beli hadiah sendiri kalo lebih duit belanja sekolah pun kadang2 tak ada~!
Nak kena bile dua pulak tu~!
Sebagai Along, aku pun jadi tukang kutip duit...
Pastu beli hadiah...**biasanya, hadiah yang dibeli tu ikut sedap mate aku je...jarang2 la bincang nak beli hadiah apa...haha~
Aku jugak jadi tukang bungkus hadiah...
Disebabkan hari jadi Ayah dan Bonda dah dekat2 sangat...
Sambutannya mestilah bersama-sama dan mestilah special sikit...
Kadang2 Ayah bawa kami sekeluarga pergi vacation...**kami adik beradik duk bilik lain...Ayah dan Bonda bilik lain..hehe~
Kadang2 Ayah bawa kami pergi makan besar...**bab makan besar, Ayah memang the best~!!
Tapi,
Sambutan hari jadi Ayah dan Bonda yang paling aku ingat sekali adalah pada tahun 2000...
Sambutan hari jadi Ayah dan Bonda yang ke-40...
Kebetulan tarikh hari lahir Ayah dan Bonda jatuh dalan bulan Syawal, jadi Ayah dan Bonda buat open house dan majlis hari jadi serentak...
Memang meriah giler...
Ramai saudara-mara dan sahabat handai yang hadir...
Aku masih dapat gambarkan dengan jelas suasana pada hari tersebut...
Sebab kami sempat rakam kemeriahan hari tersebut menggunakan handycam...
**bila tengok balik video tu, tak sah kalau tak ketawa kuat2...tengok muka masing2 masa muda2...haha~
**tapi bila tengok scene Ayah dan Bonda buka hadiah bersama-sama, kami mula rasa sebak pula...
Dan,
Hari itu merupakan sambutan hari lahir Ayah dan Bonda bersama-sama buat kali yang terakhir~
Waktu ni Ayah dan Bonda buat open house raya dan majlis hari jadi ke-40 |
Ecece~ Sibuk je Elly...tak mau lepas Ayah~ |
Sambutan hari jadi bersama-sama buat kali yang terakhir~ |
Sambutan hari jadi ke-40... |
Bersama-sama rakan-rakan sepejabat di Bilik Berita TV, RTM...buat kali terakhir~ |
Bersama-sama bos, Pak Cik Mat Husin |
Aku jugak ingat lagi sambutan hati jadi Bonda yang ke-41...
Waktu tu, kawan-kawan pejabat Bonda ada menganjurkan majlis hari jadi untuk Bonda...**buat senyap2 je...takut bos Bonda marah...haha~
Kami adik beradik pun datang ke pejabat Bonda pada waktu itu...
Aku ingat, ketika bonda memberikan ucapan pada majlis tersebut....
Dengan linangan air mata, Bonda berkata...
"Selalunya, tiap-tiap tahun sambut berdua...tahun ni sambut sorang2~~"
Ucapan Bonda membuat kami adik-beradik serta sahabat2 rapat Bonda mula ikut sayu dan mengalirkan air mata~
Betul...
Tiap-tiap tahun kami adik-beradik menjadi saksi kegembiraan dan kebahagiaan Ayah dan Bonda menyambut hari jadi bersama-sama...
Jadi, hati kami sedih juga~
Hari Jadi Bonda ke-41...
|
Hanya bersama-sama anak-anak~ |
Haiz~ tudung~tudung...=_=' |
Yang ini, tak ingat pulak hari jadi yang ke berapa..hehe~ |
Sebenarnya, aku pun tak ingat hadiah tersebut sempena hari jadi ataupun hari ibubapa...
Haha~
Tapi,
Aku sebagai Along, ketika menyampaikan hadiah tersebut, aku cakap:
"Frame ni, kitorg nak Ayah dengan Mak letak kat meja ofis masing2...setiap frame mesti ada gambar Mak dengan Ayah..."
Lepas itu, Ayah jawab:
"Kalau macam tu, Mak kena la bagi gambar Mak kat Ayah..."
Hehe~
Hadiah untuk Ayah dan Bonda daripada kami adik-beradik~ |
Satu Ayah letak di pejabat beliau~ |
Satu lagi Bonda letak di pejabat beliau~ |
Kalau di-usha betul2...
Gambar2 Bonda ketika sambutan hari lahir yang ke-40, bukan main lagi menyengih...**itu tanda Bonda sangat bahagia~
Gambar2 Bonda selepas itu senyum biasa2 sahaja...**itu bukan tanda Bonda tak bahagia, cuma Bonda kerinduan pada seseorang~
Buat Bonda tercinta:
Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-51...
Sudah 10 tahun Mak sambut bersama-sama kami...
Tanpa Ayah...
Along doakan Mak sentiasa bahagia dan gembira...
Along tak nak tengok Mak nangis2 lagi...
Sebab Along tak boleh tengok Mak nangis...
Kalau Mak nangis, Along pun ikut nangis...
Kalau Along nangis, nati mata Along yang sedia sembab ni...
Bertambah-tambah la sembabnye...
Kalau mata Along sembab...
Muka Along jadi tak cantik...
Kalau Along tak cantik...
Susahla Along nak kahwin cepat...
Kalau Mak nak Along kahwin cepat...
Mak janganla menangis lagi....
Melainkan tangisan itu, tangisan kegembiraan~~
Kami suka naik Ayah macam ni...hehe~ |
Father's daughter : Malam ini kami bertolak ke kampung...kemudian berjalan-jalan di Perlis~Sambutan hari jadi Bonda yang tak mungkin juga aku lupa~~